Saturday, April 9, 2011

Mulut Lisa Surihani bau petai berlakon adegan ranjang dengan Aaron Aziz

Kata Lisa:
"Lucunya, babak intim itu turut diwarnai insiden lucu yang dikenang Lisa sampai sekarang. Semua gara-gara petai. Kami jalani penggambaran filem ini di Langkawi tahun lalu. Bayangkan Lisa memang kuat makan petai mentah dan pokok petai pula ditanam berdekatan set penggambaran dijalankan.

"Lisa boleh selamba makan 10 biji petai seperti mengunyah makanan. Tahu sajalah penangan bau petai. Lisa pula ada babak bersama Aaron. Nak jadikan cerita Aaron pula memang tak suka dan benci bau petai. Untuk mengurangkan bau itu, Lisa mengamalkan petua meminum susu segar.

"Tapi dengan kuantiti biji petai yang Lisa makan, ia tidak mampu diatasi. Akhirnya, babak intim itu hampir rosak akibat bau ini. Nak tak nak kami kena bertahan. Aaron pun sempat berseloroh, meminta gula-gula getah untuk diberikan kepada saya bagi menyegarkan kembali bau mulut," kata duta Garnier dan Lipice ini sambil tertawa mengenangkan memori kisah petai itu.

Kata Lisa, perasaan gementar yang dirasainya terhadap lelaki kelahiran Singapura itu semuanya bertimbal balik kepada rasa hormatnya terhadap aktor senior itu. Begitu juga dengan heroin filem ini yang dilakonkan Maya Karin.

"Isteri Aaron (Diyana Halik) sendiri berkata kepada Lisa jangan ada perasaan takut-takut dengan Aaron. Lisa pun tidak boleh terlalu kuat berperasaan begitu kerana ia sebenarnya akan memberi kesan kepada perjalanan penggambaran filem ini, Aaron dan pelakon lain.

"Siapa yang mampu menidakkan, dia memang seorang lelaki dan bapa yang sangat tampan. Paling penting dengan status dipegangnya kini, dia sangat mementingkan aspek kebersihan dan penjagaan diri,"

No comments:

Post a Comment