Turut hadir ahli keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran Allahyarham.
Mereka menunggu ketibaan jenazah Ahmad Sarbani yang ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.
Beliau adalah pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Ketika ini, jenazah berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Malaysiakini difahamkan jenazahnya akan dibenarkan dibawa pulang sebentar lagi.
Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Ar-Rahman, yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman beliau.
Malaysiakini difahamkan beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kota Damansara.
Ketika ini, pihak pengurusan surau berkenaan menganjurkan majlis bacaan surah Yassin dan tahlil.

Sementara itu, ketika menjawab SMS dari Malaysiakini,pada kira-kira jam 12.20 tengahari tadi, timbalan pengarah penguatkuasa Kastam Wilayah Persekutuan, Jaafar Jawi memberitahu, jenazah Ahmad Sarbani masih berada di HUKM.
No comments:
Post a Comment