Member kami baru ni baru nak menikah. Punya la dia kaluit nak settlekan borang2 apply nikah tu. Jadi dia mintak kami share kat blog ni supaya mana la tau kot2 dapat membantu bakal2 pengantun diluar sana...
Kat bawah ni step-by-step guide nya. Harap dapat bantu bakal2 pengantin di negeri Selangor.
Nota: Sebelum apa2hal adalah lebih baik settlekan dulu Ujian HIV sebelum memulakan upacara memohon kebenaran nikah ni.
---
Step 1 (Daftar Online & Isi Borang)
- Daftar profil di website JAIS - http://ncr.jais.gov.my/ . Guna nombot IC sebagai username.
- Lepas daftar, log in masuk nanti ada paparan pilihan.
- Pilih borang yang berkenaan - Borang 2A untuk Lelaki dan Borang 2C untuk Perempuan.
Andai anda asal luar dari negeri Selangor, isi sekali Borang 1A(Permastautin) tu.
- Isi semua bahagian yang diperlukan.
Apa yang anda kena standby adalah butiran (Nama penuh, alamat, no phone dan no IC) nama pasangan dan 2 orang saksi. 2 orang saksi ni yang anda kena bawak masa nak dapatkan pengesahan borang yang telah diisi nanti.
- Dah settle isi borang, kasi print la apa lagi!
---
Step 2 (Dapatkan Pengesahan Borang)
- Pengesahan borang dilakukan oleh Jurunikah/ Pembantu Jurunikah di kawasan tempat anda menetap tu. Yakni ikut alamat IC anda tinggal tu lah. Biasanya depa ni jugak Imam kat masjid2.
Macamana nak tau sapa? Caranya anda kena pi Pejabat Agama Negeri/ Daerah yang berhampiran tanya siapakah Jurunikah/ Pembantu Jurunikah tu. Dapatkan no phone depa sebab biasanya depa tu nak kena di call dulu buat appointment.
Tips: Kalau takdak masa nak pi tanya pejabat agama, pi la masjid-masjid yang berdekatan dengan rumah hangpa tu, pi solat jemaah sepam pastu borak2 dengan Tok Imam masjid tu tanya sapa jurunikah area tempat hangpa tinggal tu. Yang penting dapatkan no phone!
- Bila dah set appointment dengan jurunikah, standby kan semua borang yang di print termasuklah:
Salinan fotokopi:
IC Pemohon (Bakal Pengantin)
IC Saksi 2 orang (Yang sama yang diisi dalam borang)
Result HIV Test
Sijil Kursus Kahwin
- Jumpa Jurunikah, dia akan check borang dan bagi pengesahan. Pada masa yang sama pemohon dan 2 orang saksi tadi akan sain borang depan Jurunikah tu. JANGAN MEMANDAI-MANDAI SAIN DULU SEBELUM TU. Kena sain depan Jurunikah tu.
- Ok settle satu masalah. Sambung masalah seterusnya pulak...
---
Step 3 (Submit Borang ke Pejabat Agama)
- Seterusnya, bila semua borang dah lengkap dengan pengesahan jurunikah, sampailah masanya untuk submit borang tu semua ke Pejabat Agama(Pejabat Agama mana nak kena pegi tu sila tanya siap2 dengan Jurunikah tu. Biasanya depa akan bagitau) untuk disahkan dan di keluarkan borang kuning Kebenaran Bernikah di Negeri Selangor.
- Bila dah settle disahkan dan dapat borang kuning Kebenaran Bernikah di Negeri Selangor maka selesailah masalah anda (pihak lelaki)!
- Compilekan elok2 semua borang, bagi sekali sijil asal kursus kahwin dan result HIV kepada pasangan hangpa. Sebab lepas ni depa pulak kena p setelkan masalah dapatkan pengesahan untuk pihak depa pulak. He he he...
No comments:
Post a Comment