Sunday, April 10, 2011

HPTD: Malaysia bakal hentikan sukan F1?

KEPUTUSAN sama ada Malaysia mahu meneruskan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) akan hanya ditentukan Kabinet selepas kontraknya tamat pada 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, Kabinet akan kaji perkara itu dengan terperinci sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Tengok dululah kerana kita akan bawa perkara ini ke Kabinet dahulu. Malah bilangan (penonton) yang hadir tahun ini lebih ramai daripada tahun sudah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, semalam.
Beliau berkata, perlumbaan itu memberi kesan positif terhadap negara dengan meningkatkan lagi profil Malaysia di persada antarabangsa.

Najib berkata demikian semasa ditanya sekiranya Malaysia akan meneruskan penganjuran perlumbaan F1 selepas kontrak tamat pada 2015, selepas Australia sebelum ini didesak supaya tidak lagi menganjur perlumbaan F1 akibat kerugian.

Kontrak penganjuran F1 Malaysia dibuat dengan Persekutuan Automobil Antarabangasa (FIA).

No comments:

Post a Comment