Saturday, April 9, 2011

HPTD : 500 Calon Dipanggil Semula Sertai PLKN


Seramai 500 calon yang sebelum ini gagal menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dipanggil semula untuk menyertainya mulai 15 Mei ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Mereka adalah antara 42,067 pelatih yang akan dipanggil menyertai latihan Siri Kedua tahun ini di semua 82 kem latihan di seluruh negara.
“Mereka akan dipanggil secara berperingkat-peringkat,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup perkhemahan kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok bersama JLKN di Kem Cancun Park dekat sini Sabtu.
Abdul Hadi turut menjelaskan daripada 42,000 calon tersebut, seramai 1,500 adalah yang diberi penangguhan sebelum ini kerana sebab tertentu seperti sudah bekerja dan sedang melanjutkan pelajaran.
“Sebab itu mulai tahun ini kita membuat pengambilan selepas calon mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan sudah mengetahui tentang peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran.
“Ini untuk mengelakkan kesulitan kepada calon terbabit dan menjimatkan kos kerajaan akibat penangguhan,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment