Thursday, June 15, 2017

Free Decoder MYTV

Hangpa pernah dengar pasal MYTV?
Admin pun baru tau ja ni. Ni ada sorang brader share kt FB pasai MYTV ni. Dia bagi pencerahan sket pasai MYTV. So rakyat sekalian, standby la no...

---

Pagi semalam dalam The Breakfast Grille depa interview CEO MYTV, Michael Chan. (Kalau yang terlepas boleh pi dengaq balik kat website BFM. Cari tang podcast).
Since aku tengok ramai jugak yang ‘berminat’, mai nak share sikit mana yang aku tau pasal issue ni.
MYTV ni adalah special purpose vehicle yang dibuat oleh Puncak Semangat. Dan Puncak Semangat ni pulak adalah kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Sebenarnya projek ni dah lama dah Puncak Semangat dapat. MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission) dah announce masa tahun 2014 lagi.
Dan antara company lain yang turut membida untuk projek ni termasuklah Media Broadcasting Solutions dan Redtone Network. Puncak Semangat dapat melalui open tender. Bukan senang-senang ja bagi project ni kat depa.
Soalan paling basic, kenapa kita bagi dekoder free ni?
Negara-negara ASEAN dah bersetuju untuk migrate daripada analog kepada digital transmission by 2020. Maknanya bukan kita saja yang akan berhijrah ni. Singapore hujung tahun lepas dah buat. Thailand pulak dia buat dalam stages, dari 2015 sampai 2018. Kita kat sini, deadline nya June 2018.
Apa jadi kalau takdak dekoder ni?
Kalau kita ada decoder Astro/HyppTV, takdak effect apa pun. Tapi kalau orang yang takdak decoder, masuk Julai tahun depan nanti depa dah tak dapat siaran. Sebab masa tu dah takdak transmisi dalam bentuk analog.
Kita mungkin nampak benda ni macam isu remeh. Tapi sebenaqnya ada dalam 20% rakyat Malaysia yang masih guna transmisi analog semata-mata (takdak decoder Astro/HyppTV). So bayangkan kalau tiba-tiba 20% ni tak dapat siaran tv tahun depan. Confirm hingaq punya.
Sebab tu kena cari jalan jugak untuk cater depa yang dalam segment ni.
And by now, aku rasa hangpa pun dah faham la kan kenapa yang dapat decoder percuma ni adalah orang yang sama yang terima BR1M. Kan?
(Err, kalau still tak dapat lagi, sebab penerima BR1M adalah golongan yang berpendapatan rendah. Thus, sebab taknak membebankan depa, kita bagi la free).
So. The free decoder will be distributed to about 4.2mil households.
4.2 juta unit. Siapa yang akan tanggung kos ni?
Daripada 4.2 juta unit decoder tu, 2 juta unit akan ditanggung oleh syarikat MYTV. Manakala selebihnya oleh MCMC. Maknanya lebih kurang separuh MYTV (private company) bayaq, separuh lagi government tanggung.
Channel?
Setakat ni semua yang standard je la. RTM, Media Prima, Al-Hijrah dan Bernama. Total semua 9 channel. Tapi MYTV target 20 sebab RTM n Media Prima cakap nak tambah channel baru.
Macamana nak dapat dekoder ni?
Kalau kita layak, decoder tu akan di courier. Tunggu ja Pos Laju tu sampai rumah.
Nak courier ni pun makan kos jugak. Satu decoder RM9, kalau Sabah Sarawak RM15. Duit lagi. Kat situ saja dah berapa nak kena keluaq modai.
Tu CEO MYTV cakap, ni sebenarnya kira national service jugak. Nak taknak, kena bagi jadi jugak. Depa keluaq modal dalam RM2.0bn dan semuanya internally funded.
Habis tu macamana depa punya business model (since nanti kita tengok tv free ja)?
Revenue MYTV akan datang melalui beberapa cara. Antaranya broadcaster tu la (RTM, Media Prima, etc). Nak senang, bayangkan kalau kita dah buat satu shopping mall. Lepas tu kita dapat dua anchor tenant contohnya Parkson dan Tesco. Lepas tu ada pulak lagi serious tenant yang branded nak join mall kita.
Eventually, sedap la sikit kita nak buat marketing ajak orang mai mall kita (sebab these prominent tenant ada).
Macam tu la jugak MYTV ni. Dia ada dua anchor tenants (RTM n Media Prima). Lepas tu ada jugak tenant yang tak kurang hebat macam Bernama dan Al-Hijrah. Kalau broadcaster lain nak join pun boleh. Sebab tu MYTV target by June 2018, depa akan ada dalam 30 channel.
Revenue MYTV jugak datang daripada advertising. So nanti dia pi la kat company yang nak buat marketing. ‘Bro, aku ada 20-30 channel. Kalau hang letak iklan hang dengan aku, bayangkan berapa ramai viewer yang hang boleh reach?’
Macam tu la depa buat business. Tapi setakat la ni, depa tak charge apa pun. Bagi free/rebate ja dulu sebab still nak promote. Depa waive fees sampai June 2018.
Kalau tak dapat, tapi nak jugak dekoder tu?
Boleh ja nak beli sendiri. Harga dia dalam RM199.
Selain gambaq yang lagi cantik (higher resolution), bunyi yang lagi sedap, boleh tengok rancangan apa lepas ni, boleh pilih subtitle apa kita nak, apa lagi advantage migration from analogue to digital ni?
Bila kita tukaq analog jadi digital, it will free up some spectrum. Spectrum ni terhad. Kalau kita baca news pasal telcos (telecommunication companies) contohnya, depa ni akan memperuntukkan sejumlah amount yang sangat besaq untuk bid for spectrum. Digi, Celcom, Maxis, semua akan berebut nak bid untuk beli spectrum. Dia ada la Hertz apa semua tu. Tapi tu technical. Aku pun tak pandai sangat.
Tapi nak senang faham, macam memory phone kita la. Limited. Kalau dah full, nak ambik gambaq pun tak lepas. Tapi bila kita buang apps yang kita tak pakai, ada la free space, kan?
Ha, lebih kurang macam tu la jugak cerita dia. Bila kita tukaq daripada analog ke digital, bukan saja jadi lebih effient, tapi turut free up some ‘space’ untuk kita utilise buat benda lain. Mana nak tau, kot telcos dapat extra spectrum ni, depa boleh peturun rega bil telefon kita lagi?
Harap-harap perkongsian ni membantulah. Jangan cepat sangat melatah. Tahan sikit mulut/tangan sebelum nak komen apa-apa. Tabayyun dulu. Puasa tu kan 'menahan'?
Kita tengah puasa, kan?

- Faiz Pire




No comments:

Post a Comment