Monday, May 23, 2011

HPTD: Kampung Tanpa Wayar di Malaysia


hangpa jangan terkejut...lepas nie semua kampung di seluruh Malaysia akan menjadi kampung wifey...eh silap kampung wi-fi...atau ikut bahasa Melayu, Kampung Tanpa Wayar...lepas nie kita boleh nampak la pakcik makcik yang tengah duk bajak sawah sambil main facebook dalam iphone depa....canggeh betui.....projek ini dibawah SKMM dan telah pun siap dibina di Sabah dan Sarawak...skrang dalam fasa nak masuk ke semenanjung pulak....harap-harap tak ada orang salah guna wi-fi nie sudah la ye...

maklumat lanjut sila baca..
KUALA KLAWANG, (Bernama) -- Kerajaan akan menyegerakan penyaluran projek kampung tanpa wayar (wi-fi) ke seluruh negara memandangkan projek itu mendapat sambutan menggalakkan daripada generasi muda khasnya di kampung-kampung, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kementeriannya akan menjadikan projek berkenaan sebagai projek utama memandangkan kos untuk menyalurkannya bagi satu-satu kampung itu tidaklah begitu tinggi.

"Untuk itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun diberi mandat supaya menyegerakan projek kampung tanpa wayar ke seluruh negara dalam konteks kerjasama dengan Telco atau bersendirian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kampung tanpa wayar di Kampung Sungai Rotan, dekat sini Selasa.

Rais, yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata kampung tanpa wayar adalah projek yang akan menjalinkan semua kampung di seluruh negara menjelang setahun akan datang.

"Kita mempunyai tidak kurang daripada 2,200 ke 3,000 buah kampung di seluruh negara dan kita sudah mulakan program ini bagi memberi faedah penduduk kampung di seluruh tanah air. Disebabkan projek ini baru dimulakan empat bulan lepas, setakat ini projek ini telah meliputi sebanyak 180 buah kampung," katanya.

Rais berkata beliau akan ke Sarawak minggu depan dan akan menyegerakan projek kampung tanpa wayar ini bagi kawasan pedalaman di Sarawak.

No comments:

Post a Comment