Hang Pa Tau Dak pasai portal rasmi kerajaan Malaysia iaitu MyGovernment(http://www.malaysia.gov.my) ??? Hang Pa Tau Dak yang kat portal tu macam2 servis online/ dalam talian yang kita sebagai rakyat boleh pakai??? Senang cerita, semua agensi2 kerajaan punya servis smua ada kat portal tu.
Aku becakap ni bukan kosong la....berdasarkan pengalaman aku yang dah pernah guna servis dalam talian kerajaan ni aku pernah daftar syarikat dan daftar trademark(logo) secara online. BUKAN nak saja puji ka apa, feedback secara online aku dapat dari pihak yang aku deal iaitu MyIPO dan SSM mmg NOT BAD AT ALL. Pantas! Mungkin depa ada bleh rekod masuk utk penilaian KPI depa ujung tahun tu taktau la kan...tp mmg not bad. Lagi cepat dari aku call SSM nak adu masalah yang susah gila nak mampos angkat telefon. Dah la angkat telefon suara baru bangkit tidoq! Info bagi plak salah! Tp apa2hal, pujian besar harus diberikan kepada awek2(atau makcik2 aku tak pasti laa) yang handle aduan secara online kat SSM. Kudos!
AKAN TETAPI, aku rasa gomen ada satu masalah yang aku sebagai rakyat yang guna servis online ni harus atasi...iaitu, INTERFACE DESIGN LAMAN WEB KERAJAAN. Sistem, servis smua dah tiptop tapi interface design laman web kerajaan boleh dikatakan semuanya hampeh! Carca marba, taktau nak tgk mana, nak dapat info kat mana, semuanya disumbat kat main page selepuk! gila mampoih jenuh pengguna nak cari baca satu2. Mmg tak berkesan sebab servis online ni dibuat pasai nak jimat masa bukan nak buang masa depan pc pulak! Btoi dak?? Tak percaya cuba masuk laman utama portal MyGovernment ni...
Kalau bukak pakai FireFox, mmg akan teraboq. Depa recommend pakai Internet Explorer yang sedia ada terkenai dgn masalahnya tuh.
Pendapat aku, come on la kerajaan...sistem dalam talian anda dah mantap dah(so far yang aku pakai la..) Tolong la revamp design interfacenya....tadak sapa nak marah la kalo semua orang senang dgn perkhidmatan dalam talian ni memuaskan. Aku rasa orang akan lagi suka pasai takyah nak susah2 p naik turun pejabat agensi untuk buat urusan...takyah nak hire agen, takyah nak layan ulat2 pau duit tu smua. Macam aku daftar syarikat online la...syok gila...dok depan pc ja pastu dapat sijil. Tapi susah gak la sket pasai SSM punya website tadak step-by-step section yang memudahkan pengguna. Smua depa pacak dalam file PDF yang kena download dan baca macam baca kertas soalan exam. Huhuhu.
Pastu baru la syok henjut buat promosi besaran2 supaya orang guna servis dalam talian kerjaan! Takdak la peruntukan yang dah dibuat tu kosong saja kurang dpt feedback...So, spend lah duit cukai kami dok bayaq tu utk penambaikan perkhidmatan...lagi elok dari bayaq orang supaya mengundi hempa.....huhuhu.....
No comments:
Post a Comment